Senin, 01 Oktober 2007




Terdapat 4 cara detoksifikasi yang utama. Pertama, pada setiap pagi dan malam, minum segelas jus buah-buahan segar yang diperah. Buah-buahan yang berlainan mempunyai fungsi detoksifikasi yang berlainan. Misalnya epal mengandungi asid laktos yang membantu perkumuhan dan juga kaya dengan serat.


Kedua, semakin meningkat umur kita semakin menurun kadar metabolisme badan kita, maka penyerapan nutrien berlebihan akan menjadi beban kepada badan. Oleh yang demikian kita harus sentiasa bersenam untuk mengeluarkan banyak peluh agar dapat membakar kalori yang berlebihan dan mencegah sembelit.


Ketiga, globalisasi ekonomi telah mendesak perubahan cara hidup dan peningkatan kualiti hidup masyarakat secara umum. Perkembangan pesat Informasi Teknologi zaman moden ini juga merupakan arus penting yang tidak harus diabaikan. Lantaran itu, ramai orang bekerja keras demi mengikuti perkembangan semasa. Desakan dan keperluan itu kemudian menyebabkan fisiologi dan mental sesetengah golongan masyarakat terganggu lalu membentuk tekanan jiwa yang membahayakan kesihatan. Kita harus memilih cara sesuai untuk mengurangkan tekanan dan keresahan supaya mengelakkan tekanan jiwa mengganggu kehidupan kita yang normal. Ini disebabkan tekanan merupakan suatu toksik mental yang mampu mengganggu proses perkumuhan yang normal.


Keempat, cara pemakanan yang sihat akan mengurangkan penyerapan toksik ke dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan yang dimasak dengan cara kurang sihat, misalnya makanan goreng. Selain itu kurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi atau makanan ditambah dengan pewarna dan bahan pengawet. Adalah dicadangkan supaya banyak makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ubi dan kekacang. Minum air dengan banyak untuk meningkatkan metabolisme, membantu penghadaman makanan, mencairkan toksin yang larut dalam air serta mengurangkan kekerapan mengalami sembelit kerana najis yang terkumpul dalam saluran badan boleh menyebabkan badan menyerap semula air yang bertoksik serta mempengaruhi penyerapan nutrisi secara normal.


Bantulah badan anda untuk melakukan detoksifikasi!


ATM Organic Plus, satu campuran organik nutrien yang baik, membersihkan dan memberi tenaga kepada badan kita dihasilkan khas bagi membantu merangsang usus untuk membebaskan dan membuang toksin terkumpul dalam badan yang boleh menghambat kesehatan kita.